Thursday, July 13, 2017

Cerita Raya Saya

Assalamualaikum semua...
Salam sejahtera juga buat pembaca yang bukan Islam...

Cerita Raya Eisya di pagi 1 Syawal. Tak perlu kata apa-apa... Jom layan aje gambar-gambar di bawah.

Eisya dan keluarga Eisya. Tapi time ni ayah Eisya ntah ke mana ntah...
Family Eisya
Big Fan Family
Jalan-jalan raya di pagi 2 Syawal...
Di hadapan rumah TokWan dan Wan Induk di Tampin
Kemeriahan di hari raya sehingga kini masih terasa. Eisya yang duk Gemencheh ni still balik tiap-tiap minggu ke Rantau untuk menyambut hari raya bersama keluarga. #RayaKanSebulan #InikanRaya #SalamAidilfitri #BestnyeeeRaya

Wednesday, June 14, 2017

Rawatan Farisya's Massage Setanding Rawatan Spa Terkenal

Assalamualaikum...

Alhamdulillah.... Segala puji bagi Allah... Dapat juga Eisya membuka semula lembaran Blog Eisya yang dah lama berkubur. Sehingga ke hari ini, barulah Eisya tahu akan kegunaan medium blog dalam pemasaran sesuatu bidang / perniagaan lebih baik berbanding media sosial yang lain.


Hari ini, Eisya sudah pun berusia 18 tahun. Nampak sangat terlalu lama Eisya tak menulis di blog ini. Pelbagai kisah suka duka di alam persekolahan Eisya sudah berlalu begitu sahaja. Di tahun 2017 ini, Eisya mengorak langkah lebih jauh lagi dengan meneroka bidang Eisya minati iaitu Rawatan Urutan Tradisional. Sejak di bangku sekolah menengah lagi, Eisya sudah mula mengurut orang ramai di kalangan ahli keluarga terdekat. Alhamdulillah... ramai puji keberkesanan urutan tangan Eisya.

Jadi... tamat sahaja persekolahan selepas SPM, Eisya menyambung pelajaran dalam bidang kesihatan dan kecantikan di Kolej Kolej Komuniti Gemencheh, Negeri Sembilan.Dek kerana minat yang mendalam dalam bidang ini dan mempunyai pengalaman mengurut, pensyarah Eisya menyarankan untuk menjalankan perniagaan secara Mobile Home Spa bagi menambahkan lagi pengalaman Eisya dalam bidang rawatan dan urutan ni. 


TERAJUI FARISYA'S MASSAGE

Dengan penuh semangat dan keazaman serta dorongan dari ahli keluarga terdekat, Eisya bangkit untuk menambah pendapatan keluarga di samping menuntut ilmu bagi menambah lagi pengetahuan. 

Eisya telah menggunakan rawatan tradisional yang berasaskan bahan-bahan semulajadi bagi mendapatkan lagi kesegaran dan ketenangan kepada pelanggan. 
Rawatan Urutan Tradisional di Farisya's Massage ini mengamalkan konsep memberi dan membantu. Atas sebab itu, Eisya meletakkan harga yang berbaloi murah bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan untuk turut merasai kehangatan dan kedinginan urutan tangan dari Farisya's Massage. Untuk rawatan urutan kaki, Eisya meletakkan dengan kadar harga RM20 manakala bagi urutan badan pada harga RM30. Bagi Eisya, ini sudah cukup murah untuk anda semua merasai kehangatan dan ketenangan belaian tangan Eisya sehinggakan membuatkan anda rasa sihat dan cergas.

Rawatan Urutan Tradisional ini Eisya jalankan di Rumah milik Ibu dan Ayah Eisya di Rantau, Negeri Sembilan. Bagi sesiapa yang berminat, boleh lah cuba Rawatam Urutan Tradisional milik Farisya's Massage dengan menghubungi Eisya di talian 011-16196422 atau laman Facebook Farisya's Massage.