Tuesday, August 6, 2013

Tragedi yang menimpaku...

Assalamualaikum...

Sudah agak lame Eisya tak menulis di blog ini.. 

setelah berhempas pulas mengemas rumah untuk Hari Raya Aidilfitri yang akan kunjung tiba satu hari je lagi... banyak juga yang berlaku di dunia internet ni..tak terjangkau mata aku untuk membaca semua kisah kawan2 di blog mereka. sebab?? terlalu banyak cerita yang nak dibaca..

minggu lalu, sedang aku mengemas bilik aku, almari buruk aku yang hendak dibuang jatuh menghimpit kaki ku.. Arrrggghhhhh..........aku pun jerit... ibu datang ke bilikku dan melihat kejadian itu. sakit sangat hanya Allah yang tahu. 

pada sebelah malamnye, aku hanya letak ubat di kakiku. kelihatan sudah bengkak di bahagian atas kakiku. ibu dan ayah mahu bawa ke klinik tapi aku tak nak.. aku tahan je laa..

esoknya, aku ikut abang saudara ku pergi PD. sampai di umah maklong aku, mereka semua pun bawa aku ke klinik sebab dah 3hari aku tahan tapi masih tak elok juga.. hehehe... 

sampai saje di klinik dan tiba giliran aku berjumpa doktor, doktor memeriksa kesihatan kakiku. doktor memegang perlahan-lahan tapi sakitnye hanya aku yang tanggung.

aku alami sendiri sakit perit seorang diri ketika itu... tiada siapa mengerti apa yang aku alami tapi syukur sepanjang masa itu, di bulan yang penuh keberkatan bulan ramadan, aku dapat hadapinya dengan keizinanNya... Allah S.W.T. sentiasa ada bersamaku..

setelah selesai, aku diberi cuti sakit selama satu minggu... Hooorrreeyyyy.... hehehe... kemain suke la time ni bile dapat tau cuti seminggu... ermmm...tapi kekadang tak best gak sebab tak dapat jumpe kawan-kawan di sekolah kan.. nak wat macam mane? dah sakit...

ok la kawan-kawan...sampai sini saje aku nak cakap..nanti kalau ade kisah lagi aku akan ceritakan ye.. cukuplah hari ini aku ceritakan kisah kesakitan yang aku tanggung selama 1 minggu.. di kesempatan ini juga aku nak mohon maaf jika ade salah silap yang telah dilakukan. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN.